Wednesday, January 11, 2017

KOLEJ UNTUK PELAJAR ASPER

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

So today I would like to write about penempatan pelajar pelajar Asper.
Im not sure tentang batch batch terdahulu but my batch yg ada 800+ students nii kami telah ditempatkan di 3 buah kolej iaitu K13 (Kolej ke-13), KPZ (Kolej Pendeta Zaaba) dan KMR (Kolej Mohamad Rashid).

Hanya 70+ student di KMR, 200+ student di KPZ dan yang selebihnya dalam 500+ student di K13. Jarak antara 3 buah kolej ni tak jauh pun. Kteorang selalu jalan kaki je ulang alik pergi kolej orang lain.

Di KMR 4 orang sebilik. Di KPZ 2 orang sebilik. Di K13 6 orang sebilik. Berdoalah bahawa korang ditempatkan di KMR dan KPZ sebab tandas di dua kolej ini memang bersih. Orientasi di dua kolej ini juga tidak terleret-leret atau terbuli-buli dengan dasyat.

Saya ialah warga KMR dan sangat bersyukur kerana ditempatkan di sini. KMR ialah kolej yang paling strategik berbanding dua kolej lain. KMR dekat dengan Kafe Serumpun di mana terletaknya kedai runcit, kedai topup, kedai fotostat, kedai makan yang banyak, ada bas yang bergerak every 15 or 30 minutes dan yang terpaling terpenting sekali ialah ada mesin ATM untuk CIMB, Maybank dan Agrobank.

Bukan laa bermakna K13 dan KPZ takde semua tu. Dua kolej ini ada jugak food court, kedai runcit dan bas (takde mesin ATM) tapi tak semeriah dan tak seseronok serumpun. Hehe. Plus, mesin ATM sangatlah penting sebagai seorang pelajar.

Ketiga-tiga kolej ini jugak dekat dengan Bukit Ekspo. Bukit Ekspo ni kalau nak tau dia ialah taman rekreasi yang memang cantik gila view dia. Ada tasik, playground, trek joging, pokok pokok yg rendang. Memang sesuai untuk beriadah dan menenangkan jiwa.

Tentang aktiviti kolej. KMR paling sikit sekali aktiviti kolej (untuk pelajar asasi) mungkin sebab pelajar asasinya sangatlah tak berminat untuk join aktiviti kolejnya kecuali dipaksa (sangat jarang dipaksa). Tapi kolej lain dengar cerita macam banyak yang diorang memang kene join.

Lagipun pelajar asasi tak perlu mata merit since kita belum masuk degree dan mata merit tak diperlukan untuk kita masuk degree. So takyah pening nak masuk persatuan apa or sukan apa or berapa merit kau kecuali kau memang minat dan rela hati nak join. Kiranya kita kebal laa time asasi nii dari segala merit demerit. Hehe

Pasal barangan elektrik. Iron memang laa boleh bawak kalau tak cemmana nak gosok baju en. Periuk nasi dan alat alat memasak sepatutnya tak boleh bawak tapi kalau nak bawak jugak pandai pandai laa tanggung. Kadang tekak nii memang rasa muak dan jemu and taktau nak makan apa dah kat food court sampai kau rasa aku masak sardin tin lagi sedap. So pandai pandai laa hehe. KPZ punya bilik besar sikit dan lebih selesa untuk masak tapi kalau KMR bilik kecik so rasa renyah nak masak dalam bilik. Tapi KMR ada pantri and peti ais yang boleh dimanfaatkan sebaiknya. K13 rasanya ramai jugak yang masak. Ohh yaa bawaklah extension kalau you tanak berebut plug or what.

Im not really sure about K13 sebab saya jarang pegi sana sebab takde kawan yang rapat kat sana. Of course saya tau banyak pasal KMR sebab saya duduk sana. KPZ pulak saya tau agak banyak sebab saya selalu lepak sana tidur sana sebab kawan kawan baik saya semua duduk sana.

Pasal cadar and selimut and sarung bantal semua tu hhahahahah beli sendiri laa sebab kita bukannya kat asrama sekolah yang kene pakai cadar seragam ikut warna rumah sukan. Nak warna pink ke purple ke turquoise ke gambar Doraemon ke Mickey Mouse ke as you wish.

Bilik kita tu each person akan ada sebuah katil dan tilam, sebijik bantal, sebiji meja belajar dan sebuah almari. You can decorate it as what you like tapi you tak boleh ubah susunan (but I did).

About roommate tuu rezeki memasing laa yee. Kemungkinan besar memang semua akan dapat roommate student Asper tapi ada jee sorang dua kawan saya yang dapat roommate student degree.

So yeahh that's all kot about kolej.

Be good to others so others will be good to you. Byee


1 comment: