Monday, January 9, 2017

I AM ASPER UPM 2016/17 BATCH 12

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Ok So Hi I am an ASPER 2016/2017 iaitu Batch ke-12. Ekceli my first choice masa isi UPU is not Asasi Sains Pertanian UPM. Asper is my third choice. The first and second choice is Asasi Sains Hayat and Fizikal di UM. Sebab saya dah terpengaruh dengan pengaruh abang sedara saya yang mempengaruhi aii masuk sana. Tapi rezeki untuk masuk PASUM tak menyebelahi aii. Dan Allah bagi rezeki yang jauh lebih baik iaitu Asper UPM. Alhamdulilllah. 

Btw, for your additional information, saya adalah pelajar sekolah menengah harian iaitu SMKPJ ( SMK Pendamaran Jaya ) semasa tingkatan 1 hingga 3, dan kemudian menjadi pelajar SBP iaitu KUSESS ( Kuala Selangor Science Secondary School)  sejak tingkatan 4, berjaya mendapat A lurus semasa Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2015 dengan 3A+ , 3A dan 3A- dalam jurusan Sains Tulen. Plus, 3A- itu adalah semua subjek elektif sains - bio, chem, fizik. Hehehe. Alhamdulillah. Pencapaian akademik saya kira 'boleh dibanggakan' tapi pencapaian kokurikulum jangan tanya sebab saya memang tak suka dan tak aktif koko sejak masuk SBP. Mungkin ini antara sebab PASUM tolak saya. 

So apa itu ASPER ? ASPER ialah Asasi Sains PERtanian , iaitu satu-satunya asasi yang UPM ada dan satu-satunya yang ada hanya di UPM ( tiada asasi sains pertanian di universiti lain ). Pusat Asasi Sains Pertanian nii letaknya agak terpencil di bucu UPM tapi sangat dekat dengan Kompleks Akademik E (tempat kuliah dijalankan) (Pusat asasi - lab, pejabat, kedai makan, bilik pensyarah) dan library UPM iaitu Perpustakaan Sultan Abdul Samad. 

Bila sebut Asasi Sains Pertanian, memang almost semua orang akan fikir yang pelajar nya hanya akan bertani dan hanya menjadi petani tapi ianya salah sama sekali. Asper sama je macam asasi asasi sains yang lain iaitu belajar subjek Fizik, Chemist, Bio, Maths. Cuma yang berbeza ialah ada subjek pertanian (wajib ambil). 

Asper ada 3 sem dalam masa setahun. Setiap sem dalam 3.5 ke 4 bulan. Cuti sem hanyalah satu minggu. Satu minggu sahaja ok adik adik. Kalau asasi asasi lain cuti sampai sebulan dua or at least 2 minggu, tapi kami hanya mampu tersenyum dan memanfaatkan masa seminggu itu sehabis baik. hahahaah. Tapi percayalah yang seminggu tu cukup je sebenarnya. Cukup untuk buat kau mereput kat rumah tengok drama korea, main game, baca komik, qada' tidur, makan. Sebab apa ? Sebab time kita cuti tu laa semua orang keje/sekolah/baru start sem/tak balik rumah/tak cuti dan yang seerti dengannya (seperti saya sekarang). 

About pengambilan and syarat kelayakan I'm not really sure. Tapi my batch ada 800++ students iaitu batch paling ramai setakat nii. Kita ada 18 kuliah. Every kuliah ada 40-45 students. Kuliah tu sama je macam kelas. Ada KK & PKK. Ada jadual and so on. 

Setiap sem ada 6 subjek yang memang kene ambil ( tak boleh lebih atau kurang )

SEM 1 
AGRI
BIO
KIMIA
FIZIK
ALGEBRA
ENGLISH

SEM 2
AGRI
BIO
KIMIA
FIZIK
CALCULUS
SAINS KOMPUTER

SEM 3
AGRI
BIO
KIMIA
FIZIK
STATISTIC
ENGLISH

Kalau tanya subjek susah ke tak. As for me yang baru habis sem 2 dan bakal start sem 3 minggu depan, paling susah calculus. I really tak boleh kamceng dengan dia I don't know why. Algebra ok pulak. 

Subjek kimia, bio and fizik sebenarnya kita belajar balik apa yang kita belajar time spm dulu cuma biasalah, ada penambahan itu ini dan buku pun memang bertambah tebal laa lagi lagi bio. And kita akan ada lab every week for each subjek sains nii. Lab yang biasa biasa je. Lebih kurang macam lab kat sekolah. Buat eksperiman berkumpulan based on lab manual and gilir gilir buat report lab. Time lab memang best sebab tak mengantuk plus boleh borak plus suka pakai lab coat hahahahah (Lab coat RM70)

English pulak yang kita belajar time sem 1 tu ialah English untuk MUET yang kita perlu ambil bulan November. MUET iaiti Malaysia University Englist Test nii memang wajib ambil sebab dia syarat penting untuk masuk degree. Ada 4 jenis ujian - Speaking, Listening, Reading Writing. Standard syarat minimum untuk masuk mana mana course degree ialah Band 3. Ramai gila my friends got Band 4 inc me. Band 6 takde lagi rasanya. 

Sains komputer ialah subjek yang saya suka tidur dalam kelas LOLOLOL ( padahal banyak lagi kelas yang saya TERtidur tapi sains komputer memang saya sengaja tidur ) . Soalan exam memang hanyalah objektif di mana di situlah penting kepakaran 'menembak' bagi orang orang seperti saya. Hehe

Agri or Pertanian pulak ialah subjek yang memang seronok. Kita ada kuliah dan amali. Kuliah seperti biasa di mana lecturer akan bagi lecture, tunjuk slide, explaination and all. Time amali pulak kita akan pergi ke ladang/kebun (based on jadual yang ditetapkan). Amali paling best ialah amali dekat Hutan Simpan UPM kat Kepong. Amali amali lain hanyalah di dalam kawasan UPM antaranya di ladang lembu, kebun sayur, kolam ikan, ladang buah, sawah padi dan macam macam lagi. Time amali ni laa kita lakukan aktiviti aktiviti bertani yang saya memang tak penah buat sebelum masuk sini. Serius seronok dan mengujakan sebab pengalaman pertama enn. We learned a lot and we enjoy every moments. 

About lecturers, diorang semua memang baik baik. Ada yang sangat sangat baik. Diorang memang banyak tolong dari segi pelajaran, exam, kata kata semangat. They provide lecture notes mungkin sebab dia tau kami malas. Time exam, spot memang merata diorang bagi dan ianya sangat membantu untuk last minutes study. Lecturers mostly ialah Dr - Dr veteran so kata kata and cerita cerita diorang memang seronok and memberi inspirasi. So macam biasalah, sebagai student, kalau kita baik dengan lecturer rasanya diorang berganda baik dengan kita. Kalau kita buat hal dengan lecturer, maka faham faham laa sendiri ye. 

Oh ya THE MOST IMPORTANT is semua student Asper memang pasti dapat tempat untuk degree di UPM. Pasti. Lagi yakin. Lagi benar. Selagi pointer you  more than 2.0. Meanssss, after Asper you tak payah isi UPU macam student asasi asasi lain kene buat. Tak payah nak pening pening fikir pasni aku masuk u mana or u mana boleh terima aku. You cuma perlu pening course apa yang you nak ambil and pointer you melayakkan you untuk dapat course tu ke tak semasa isi borang pilihan degree. 

Kalau pointer you gempak maka kemungkinan besar you akan dapat your first choice. Tapi kalau pointer you biasa biasa, you akan dapat tempat jugak based on choices yang you letak paling layak untuk you. Course yang paling femes kat sini of course medic and veterinar (which I don't want neither). Tapi yang pasti, you dah ada tempat untuk sambung degree di UPM. 

Maybe I can write about college (K13, KPZ, KMR) , accommodation, entertainment (IOI, Alamanda, The Mines) , fooooood or anything else soon. In Shaa Allah

So, for those yang bakal/sedang isi UPU tuh, ASPER is a good choice. Really really good choice. I langsung tak menyesal masuk sini instead I sangat sangat bersyukur dan gembira mengharungi hari hari sebagai seorang pelajar Asper . ( Cehhhh hahaha ) 

Apa apa pun, choose the best, pray for the best, do the best and goodluck ! :)


3 comments:

  1. Salam akak amira. Saya izzah. 18. Saya ada plan nak masuk upm. Tapi ada beberapa soalan nak tanya.

    1. Jadual kelas packed tak? Sbb 3 sem kan. Agak2 kalau nak relax2 main twitter ke layan movie ke time weekend sempat tak? Hahahah
    2. And subj. eng tu susah tak? Saya tk bagus sgt subj. Eng ni. Ada apa2 tips tk utk sy prepare ke sebelum sy masuk sini?
    3. Laptop wajib bawak tak? Banyak tk assigment yg kena guna laptop?
    4. Saingan antar student macam mana? Sengit ke? Sbb ramai budak2 pandai kan. Takut la jugak tk boleh follow ke huhu.

    Yg tu je saya nak tahu. Thankyou kak :) i wish u all the best.

    ReplyDelete
  2. Salam akak amira. Saya izzah. 18. Saya ada plan nak masuk upm. Tapi ada beberapa soalan nak tanya.

    1. Jadual kelas packed tak? Sbb 3 sem kan. Agak2 kalau nak relax2 main twitter ke layan movie ke time weekend sempat tak? Hahahah
    2. And subj. eng tu susah tak? Saya tk bagus sgt subj. Eng ni. Ada apa2 tips tk utk sy prepare ke sebelum sy masuk sini?
    3. Laptop wajib bawak tak? Banyak tk assigment yg kena guna laptop?
    4. Saingan antar student macam mana? Sengit ke? Sbb ramai budak2 pandai kan. Takut la jugak tk boleh follow ke huhu.

    Yg tu je saya nak tahu. Thankyou kak :) i wish u all the best.

    ReplyDelete
  3. nice sharing. asper 12 dah rupanya. rindu lak. best wishes from asper 9. lagi setahun di upm. in sha Allah. all the best through out you life :)

    ReplyDelete