Wednesday, August 1, 2018

| Day Trip ke Genting Highlands (2018) dengan Bas dan Kereta Kabel |

Assalamualaikum geng.

It's been some time since the last time I was typing. And it's the first time since I just change my blog to #projektravelcay. Nampak poyo sikit laa #projektravel bagai padahal dekat dekat saja tapi aku dengan malu malu kucing nya # jugak sebagai motivasi dan inspirasi mungkin suatu hari nanti boleh jadi #projektravelcayasiatenggara #projektravelcayasia #projektravelcayeurope, insyaAllah amin. 

Setakat KL tu, hampir semua ceruk kami dah jelajah, hampir semua transport kami dah naik, hampir semua hentian kami dah turun. We called the trains as our driver anywayyy haha. So, haritu kami upgrade sikit, escape ke Genting Highlands! Trip ni memang trip escape in the real meaning because we were really running away from something lulz and we were talking and discussing about heart, life, dream and future, with tears and then laughters too. 
Ok, first of all, sampai saja KTM Serdang dari uni, tengok tren seterusnya ke KL pukul berapa, terus pecut pergi sarapan kat kedai mamak seberang jalan. Dah dapat roti canai sekeping dengan teh o panas secawan baru boleh start jouney. Sampai KL Sentral, takyah melilau-lilau ok terus saja pergi ke kaunter pertanyaan dan tanya "Stesen bas Go Genting di mana ye?". Jangan lupa cakap terima kasih sebelum melilau cari stesen bas seperti yang ditunjukkan. 

Stesen bas Go Genting berada di bawah, boleh turun lif atau turun tangga bergerak atau turun tangga tak bergerak. Masa sampai kaunter Go Genting tu, terkejutlah juga sebab barisan agak panjang, padahal hari Isnin pagi pula tu. Tapi yelah, yang beratur tu pun semua muka bukan orang Malaysia, travellers lettew. Sambil sambil beratur tu, ada pakcik pakcik pemandu teksi yang akan offer untuk hantar kita. Sis tak ingat pulak berapa harga dia offer untuk sampai Genting tapi kami tolak, sebab memang nak naik bas dan duit pun cukup cukup makan. 

Kami beli tiket pergi balik bas dan pergi balik kereta kabel, jumlah seorang RM25 saja. Bas gerak pukul 10:30 pagi. Jalan ke Genting mestilah pusing pusing jadi sis mabuk sikit, banyak pejam mata dan fikir masalah negara masa tu. Sampai Awana Bus Station Genting, naik atas ada Genting Highlands Premium Outlet (GHPO), naik atas lagi ada Awana Skyway untuk naik kereta kabel.

Memandangkan kami pergi hari Isnin, maka keadaan memang sangat lengang. Satu gondola untuk kami berdua saja. Memang sakan ambil gambar walaupun dalam keadaan takut gayat. Trek untuk kereta kabel ialah Awana Skyway - Chin Swee Station - SkyAvenue dan patah balik.


Kami terus naik ke SkyAvenue, balik baru singgah Chin Swee Station. Masa kami datang, memang kami dah tahu Genting Highland sedang almost fully under construction dan yang berfungsi hanyalah SkyAvenue yakni shopping mall dan hotel-hotel. Sebab tujuan kami datang pun bukan untuk main game atau main salji. Sky Avenue ada apa? Kedai baju branded dan kedai makan famous famous dan indoor game untuk kanak-kanak kecil dan ada taman dinosaur mini. Waktu kami masuk tu ada light show (?).

Lepas puas jalan jalan pusing pusing lepas tu pergi 7-Eleven beli maggi dan air. Lepas tu cari tempat menyorok makan maggi. Dapat pulak port sunyi tepi dinding kaca, boleh nampak kawasan luar shopping mall yang tengah contruction lagikan berdebu, memang layan makan maggi panas panas masa sejuk sejuk. 

Dalam pukul 2, kami naik kereta kabel kemudian singgah di Chin Swee Station. Di sini basically ada tokong yang besar, ukiran dan lukisan tentang sejarah agama Buddha, kawasan taman yang cantik, udara yang sejuk dan masuk pun percuma saja. Setiap ceruk kalau boleh nak ambil gambar. Dah puas ambil gambar, naik kereta kabel untuk kali terakhir  dan sampai ke Awana Station.



Cuci mata dulu kat GHPO. Banyak kedai baju, kedai makan, kedai kasut, macam macam kedai ada tapi tak sempat nak explore semua sebab kesuntukan masa. Bas balik ke KL Sentral kami pukul 5.30 petang. Tapi sempatlah beli sehelai baju kat Padini hehe. Dalam perjalanan balik ke KL Sentral tu, pakcik bas tu bawa laju betul, sampai mabuk sis, tapi Alhamdulillah selamat sampai ! Terus naik ktm dan dinner nasi beriyani ayam masak merah sebelum pulang ke uni. 

So, basically jumlah duit yang kami belanjakan ialah sarapan, tiket ktm, tiket bas, tiket kereta kabel, makan tengahari, baju Padini (RM20), makan malam, dan uber dalam RM 80 seorang

Genting Highlands was good ! Would like to come again once the constructions done !