Tuesday, April 9, 2019

| Trip ke Cameron Highlands dengan Bas dan Teksi |

Assalamualaikum dan hai semua !

Bulan November 2018 haritu, sis dan Matuss sempat menyelinap keluar dari UPM untuk ke Cameron Highlands (CH) selama 2 hari 1 malam. Kami memang tak tahu memandu jadi destinasi yang dipilih mestilah ada kemudahan awam yang senang.

Ini memang plan yang sangat sangat last minit. Hari Isnin keluar idea, hari Selasa buat research, hari Rabu tempah tiket bas, hari Khamis tempah hotel, hari Jumaat malam packing barang, hari Sabtu pagi gerak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dan hari Ahad petang gerak pulang dari CH. 

Disebabkan kami tempah tiket bas lambat, kami terlepas tiket terawal pada hari Sabtu yakni pada jam lebih kurang 8 pagi. Jadi kami ambil tiket selepas itu iaitu pada 10 pagi yang berharga RM 35 TBS-CH. (Jumlah kesuluruhan perjalanan berada di perenggan terakhir posting ini ok !)


HARI 1 

Perjalanan mengambil masa 4 jam untuk sampai di Terminal Bas Tanah Rata, CH. Kemudian, naik teksi untuk ke Brinchang RM 10 dan tiba di hadapan hotel kami pada jam 2.30 petang.

Walaupun kami tempah hotel agak lambat, Alhamdulillah kami dapat bilik double (dua katil super single dengan shared bathroom di aras yang sama) dengan harga hanya RM 62 satu malam di Hotel Check In 2 dilengkapi televisyen, almari baju dan pemanas air.

Hotel kami terletak betul betul di hadapan jalan besar Brinchang jadi agak bising pada waktu malam dengan bunyi lori lalu lalang dan anjing menyalak, tapi untuk orang yang tidur mati macam saya memang takde masalah.

Bilik dan tandas memang bersih. Receptionist juga baik. Cuaca dah cukup sejuk walaupun tanpa penhawa dingin atau kipas. Walaupun deposit agak mahal iaitu RM 100, saya still recommend hotel ini !


Kenapa pilih hotel di Brinchang? Sebab dekat dengan Big Red Strawberry Farm, Cactus Valley, Pasar Tani Pagi, Guardian, KFC, kedai makan, kedai runcit, kedai survenior dan macam-macam lagi. Semuanya in walking distance sahaja.

Lepas berehat dan solat, kami pun mengorak langkah untuk mengisi perut ke kedai makanan tomyam di seberang jalan hotel kami. Sis memesan nasi putih, paprik ayam, dan teh o ais untuk RM 7.


Lepas kenyang, kami mencari arah ke Big Red Strawberry Farm dan Cactus Valley. Ikut saja Google Maps dan anda pasti tidak akan sesat. Cuaca dingin-dingin nyaman gitu, tak pakai sweater pun takpe, dan jalan pun tak berpeluh.

Dah sampai Strawberry Farm mestilah kena makan strawberry-based food kan. Kami habis RM 20 untuk 3 jenis makanan ini.


Kemudian, ambil gambar di setiap ceruk farm yang besar dan cantik ni !





    


Takde benda sangat nak buat waktu malam. Kami cuma berjalan-jalan kat Pekan Brinchang, kawasan hotel kami. Ada kedai jual baju, souvenir, makanan, buah-buahan dan macam-macam lagi ! Kami dinner burger dan air panas bungkus. Dinner pula kami beli burger ayam dan bancuh air panas di bilik. 


HARI 2

Morning ! Perkara pertama yang kami buat selepas berguling mestilah cari sarapan. Kami turun ke kedai mamak berhampiran hotel kami, makan roti canai dan teh o panas, sambil menunggu teksi yang kami booking semalam. 

Teksi memang bersepah-sepah di sekitar CH ni dan mereka ada menyediakan perkhidmatan mengelilingi CH berharga RM75 untuk 3 jam. Boleh pergi ke Lavender Garden, Rose Garden, Ladang Teh, Kea Farm dan macam-macam tempat yang kita nak pergi dan kita sempat pergi dalam masa tersebut. Untuk tambahan masa, RM 25 untuk 1 jam. 

Kami decide untuk ke Lavender Garden, sebab dah beberapa kali pergi CH dengan family tapi tak pernah sampai situ. Tiket berharga RM 10 seorang dan anda boleh meneroka ladang lavender yang besar ini, mencuba ice-cream perisa lavender dan pastri-pastri berasaskan lavender, dan beli souvenir bertemakan lavender. 

Ok ready untuk deretan gambar ! 
Kita mula kan dengan entrance. Masuk masuk je lepas bayar tiket haa sekebun lavender untuk semua ! 




Okay kebun lavender ni sangat besar dan bertingkat ye. Ada banyak jugak bunga bunga lain selain lavender. Kami tak beli apa apa pun, cuma amik gambar di setiap ceruk >.<





Gambar kiri ni ^ view dari atas lavender garden. 
Lama juga la kami kat lavender garden. Uncle teksi tu mungkin dah habis baca surat khabar dia dari depan ke belakang dan repeat semula baru kami keluar. 

Destinasi seterusnya ialahhh Ladang Teh Boh ! Before ni kalau pergi CH dengan family selalunya kami pergi Ladang Teh Bharat betul betul tepi main road untuk naik ke Tanah Rata. Tapi Ladang Teh Boh ni lain sikit, kat area atas Brinchang and kena masuk ke dalam dengan jalan bengkang bengkok. Tapi jangan cerita la view sepanjang jalan tu, lawa sangat Subhanallah ! (Tetibe rindu balik CH). 

Kat sini ada Kilang Teh Boh sekali. Boleh join tour kilang kalau nak. Kalau tak silap kena bayar. Tapi kami terus ke kafe dia, ramai orang dan beratur panjang. Saya beli teh strawberi, matuss teh lain tapi tak ingat apa, and kami kongsi scone strawberi. Sedap !


Dah kenyang baru kita cari view. Boleh turun ladang ikut trek dia and ambil gambar. Ok ready for an aesthetic view, 1, 2, 3 ! 



Lepas dah pusing pusing ladang teh ni, masa teksi pun dah kurang sejam, kami gerak dari ladang teh untuk ke destinasi terakhir iaitu Pasar Tani Brinchang. Pasar ni dekat je dekat area hotel kami. Panjang juga dan semestinya ada banyak makanan trademark CH ! Strawberi, teh, jagung, buah, kaktus, tshirt, bantal dan macam macam lagi geng. 

Kami beli strawberi lebih untuk kawan kawan di UPM. Beli jagung manis untuk bekal perjalanan pulang. Beli kaktus mini untuk diri sendiri dan beberapa orang lain. Matuss beli anak patung Doraemon dan Chipmunk. 


Settle beli buah tangan, kami pulang ke hotel untuk packing. Kami tak beli lagi tau tiket balik haha sebab plan nya sampai Tanah Rata terus beli terus balik (macam bas tu atuk saya punya). 

Check out, ambil teksi ke Stesen Bas Tanah Rata (RM10) dan cari tiket dari kiosk ke kiosk. Banyak pula dah habis paling cepat pun bas 2 jam lagi. So kami decide untuk beli tu je la lagipun available seat tinggal sikit (RM35). Dalam tempoh 2 jam tu jalan jalan Tanah Rata sambil makan jagung dengan strawbeli beli kat pasar tadi. 

Apa yang ada kat Tanah Rata basically benda yang sama ada kat Brinchang. Harga pun lebih kurang. So kalau tak singgah Tanah Rata pun takde apa yang rugi. 

Lepas solat jamak kami pun berlepas pulang ke Terminal Bersepadu Selatan. Disebabkan jalan jem teruk, perjalanan kami ambil masa hampir 5 jam padahal masa pergi semalam perjalanan tak sampai 3 jam. Sampai TBS sis mabuk haha tapi masa balik dari GH haritu lagi mabuk la. 

Kira kira perbelanjaan perjalanan, 

Bas TBS - CH (return) = RM 70 
Teksi Tanah Rata - Brinchang (return) = RM 20 /2 = RM 10 
Makan tengahari  (nasi putih, paprik ayam, dan teh o ais) = RM 7 
Makan di Big Red Strawberry Farm = RM 20 /2 = RM 10 
Dinner (burger ayam) = RM 3 

Teksi Tour (3 jam) = RM 75 /2 = RM 37.50 
Tiket Lavender Garden = RM 10 
Makan di Ladang Teh Boh = RM 15 /2 = RM 7.50
Beli-beli di Pasar Tani = RM 20 +-

JUMLAH KESULURUHAN = RM 175 SEORANG

Kalau pergi berempat boleh kurangkan kos teksi kepada separuh lagi, boleh jimat dalam RM25 seorang. 

Alhamdulillah selamat pulang ke UPM dan ajak kawan kawan datang bilik makan strawberi ! Sekian trip ke Cameron Highlands, next trip where to go letsegooo !