Saturday, January 18, 2020

| Trip Klise ke Melaka 2H 1M Tanpa Memandu |

Salam geng, 

It's 2020 and I'm writing a trip on April 2019 haha pardon me. Since it's almost a year ago, there's some parts that I might forget, again pardon me. 

So we went to Melaka by bus for a super short 2 days 1 night (Sunday - Monday) travelcay to spend our midsem break. Why Melaka? Yes, it's super cliche, cheap, easy to access, and we already know what's there, so nothing much preparation need to be done. 

We booked the bus a few days before which only cost RM 10 to RM 11 one way from TBS. Kemudian, baru gigih scroll Agoda, Booking dan Traveloka.

Kami jumpa hotel paling comel sekali dan paling penting boleh ke area A'Famosa, Menara Taming Sari, Plaza Mahkota dan Dataran Pahlawan dengan jalan kaki sahaja.

Dan ya, kami berjalan kaki ke semua tempat. Hanya menaiki grab dari Melaka Sentral ke hotel dan patah balik sahaja. 

Trip ni akan diceritakan secara ringkas dan padat dan pantas ok. Beberapa gambar kredit kepada rakan seperjalanan iaitu Halimatuss, Annisha dan Wani.  

HARI 1

Bas dari TBS ke Melaka Sentral bergerak jam 9 pagi. Sampai Melaka Sentral dalam pukul 11 pagi. Naik Grab ke Fantasy Hotel.

Bilik kami tema dessert kot, tahu la kami berempat suka makan. Ada lagi bilik lain dengan tema lain macam Avengers, Hello Kitty, Doraemon, Pooh tapi mostly bilik untuk 2 orang. 




Lepas solat zohor, kami keluar untuk cari makan tengahari, di kedai makan seberang Menara Taming Sari. Set semangkuk asam pedas, sepinggan kecil telur dadar dan dua pinggan nasi berharga RM 15+ bergantung kepada jenis ikan. Lepas tu kami mulakan perjalanan di bawah terik mentari. 


Satu, kami pergi ekspo kesenian tradisional dan kraf tangan masa tu ada kat bawah Menara Taming Sari. Ada jual barang barang diperbuat dari buluh, batik, clay, rotan dan macam macam lagi.


Dua, kami ke Muzium Samudera dan Muzium Maritim pula. Kapal kayu besar tepi Sungai Melaka tu. Bayaran masuk RM 5 seorang. Makin tua dah muzium ni. Pijak pun bunyi bunyi dah. Dan isi dalamnya memang tak ada yang berubah sejak datang beberapa tahun lepas pun, tunjuk tentang sejarah Melaka dan pejuang pejuang Melayu Melaka. 




Tiga, lepas solat asar, kami makan cendol durian di Jam Besar, betul betul tepi Sungai Melaka, seberang jalan "I Love Melaka".  Sedap do cendol dia lagi lagi durian dia. 



Empat, kami jalan-jalan area Jonker Street dan nampak H&M besar gila, banyak kafe/bar termasuk Hard Rock Cafe, banyak kedai jual souvenir dan banyak street art besar besar. 

Lima, masa nak dekat sunset tu kami lepak tepi Sungai Melaka, betul betul depan "I @ Sungai Melaka". Ada orang busking lagu sendu lalu kami pun kesenduan sekali. Kami tak naik bot yang pusing pusing Sungai Melaka tu sebab takut terlepas maghrib. 





Enam, lepas je solat maghrib kami pun mencari dinner, tetibe nampak pasar malam. So apa lagi kami shopping pasar malam la. Sempat beli baju bundle dua tiga helai. Pastu beli makanan untuk berkelah kat Dataran Pahlawan haha tak ada kerja sangat berkelah gelap gelap. Lepas kenyang, balik bilik dan tidur ! 


HARI 2 

Bangun pagi, siap siap pakai baju baru beli semalam, lepas tu cari breakfast kedai mamak. Destinasi pertama kami pada pagi ini ialah tempat paling klise di Melaka; A'Famosa, Stadthuys, St. Paul Church, Kedai Keretapi, dan kawasan sekitar. Lepas tu, check out dulu dan tumpang beg kat hotel sebelum cari makan tengahari, nasi campur. 




Dua, kami ke Dataran Pahlawan Megamall dan Muaz Melaka, cari tudung dan cuci mata sambil makan aiskrim mekdi. Lepas dah tawaf kawasan tu sampai sesat, kami pun cari jalan pulang. Bas dari Melaka Sentral bergerak pada jam 4.30 petang dan tiba di TBS dalam pukul 7 petang. 

Tiket bas Mayang Sari (TBS - MS) = RM 11
Breakfast (roti canai + teh o) = RM 3
Grab (MS - Hotel) = RM 10 /4 = RM 2.50 
Fantasy Hotel (1 malam) = RM 120 /4 = RM 30
Lunch (set asam pedas) = RM 15 /2 = RM 7.50 
Tiket muzium = RM 5
Cendol durian = RM 5 
Baju (pasar malam) = RM 25
Dinner (pasar malam) = RM 10 

Breakfast (roti canai + teh O) = RM 3.50
Lunch (nasi campur) = RM 7
Tudung (Muaz) = RM 10 
Aiskrim mekdi = RM 1 
Grab (Hotel - MS) = RM 10 /4 = RM 2.50 
Tiket bas Mayang Sari (MS - TBS) = RM 10 

JUMLAH = RM 133 SEORANG

Ok sekian, insyaAllah I'm not coming back HAHA terima kasih Melaka.