Tuesday, August 14, 2018

| Day Trip ke Padang Besar |

Assalamualaikum hai geng !

Keinginan untuk ke Padang Besar, atau lebih tepat ke Arked Niaga Padang Besar, ni dah lama dah. Bukan apa, memandangkan banyak pasaraya/shopping mall kat KL dan Selangor ni sis dan Matuss dah serbu, dari GM ke IOI ke Times Square ke Kenanga ke E-Curve ke KLCC ke Pavilion ke mana-mana tah lagi, nak tau juga suasana shopping di sana dan nak tengok murah ke barang-barang kat situ seperti yang digembar-gemburkan ceh. 

Memandangkan dah alang-alang sampai Penang, kami pun memanjangkan langkah ke Padang Besar pada hari Rabu. Pagi tu, kami sarapan dulu nasi lemak telur mata dengan teh  o ais di medan selera depan Terminal Bas dan Feri Sultan Abdul Halim. Lepas tu naik feri ke Butterworth, naik shuttle bas percuma ke stesen ktm, dan beli tiket ktm ke Padang Besar.

KTM kawasan utara ni tak guna kad KTM macam kat KL-Selangor tu tau. Kad 'Touch n Go' pun tak boleh. Guna tiket kertas macam biasa. Harga tiket KTM dari Butterworth ke Padang Besar RM 11.40 sehala, RM 22.80 return. Kalau ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, RM 76 Gold, RM 102 Platinum, boleh usha sini. Kami ambil tren pukul 10.25 pagi dan sampai PB pukul 12.15 tengahari. 


Nak cerita sikit, masa dalam tren tu, diorang (penumpang lain) suka betul pasang lagu atau video atau apa-apa kat phone tu kuat-kuat, pastu gelak kuat-kuat dan borak kuat-kuat. Rasanya sepanjang sis naik segala public transport kat KL-Selangor, tak pernah lagi ada situasi macam ni (belum jumpa rasanya, mungkin ada je). Rasa nak sedekah earphone je. Don't do that ok geng. Ish ish

Kalau nak tau, stesen Padang Besar ni stesen transit untuk naik keretapi ke Thailand (RM 5, keretapi tak ada aircond, ada tingkap dengan kipas) dan stesen ni memang jalan kaki je untuk ke imigresen sempadan Malaysia-Thailand. Keretapi kargo, kereta, motor, lori, kontena, no plat Thailand bersepah-sepah. Dah rasa vibes Thailand kat sini, ye lah beberapa langkah lagi je kan haha. Kedai makan pun orang-orang Thailand dan masakan Thailand. Tiba-tiba rasa nak ke Thailand ! Nasib baik tak ada passport ! Dan nasib baik tak nak jadi pati !

Keluar je dari ktm, lalu jejantas panjang untuk ke seberang landasan, jalan lagi sampai nampak bangunan imigresen Malaysia-Thailand, seberang jalan besar akan nampak bangunan kedai, terus lagi nampak Arked Niaga. Lepas tu, makan dulu, nasi putih paprik campur dengan ais kosong. Terima kasih Kakak Matuss (study UUM, datang singgah jap) sebab belanja dengan pulut durian sekali. 



Lepas tu, tawaf laa geng. Memandangkan kami datang hari biasa, orang memang tak ramai langsung. Peniaga pun duk lepak je. Ok pendapat sis setelah gigih tawaf tempat ni. Memang macam-macam barang dijual.

Baju, kasut, periuk, senduk, kain batik, jam, beg, topi, mainan, asam, jajan, ok memang banyak gila benda kalau nak senaraikan satu-satu. Tapi kalau kau datang dari KL semata-mata untuk shopping, bagi sis, tak berbaloi dengan tiket ets atau minyak kereta.

Baju, harga dan jenis sama boleh dapat kat Times Square atau Kenanga dengan harga yang lebih kurang. Topi, kat PB boleh dapat RM 15 dan kat Bukit Bintang boleh dapat RM 17.50. Kain batik Cap Tiga Serangkai (mama kirim) dapat RM 15 kat PB, kat Chowrasta pun RM 15, sekali balik rumah mama kata yang kat PB tu tiruan dan yang kat Chowrasta tu original.

Beg pula, sis rasa boleh je dapat kat GM walaupun mungkin kat GM tu harga tinggi sikit (tapi sis kaut lah 2 biji beg alang-alang dah sampai). Mainan, sis beli Robocar Poli satu set (ada 8 biji) untuk adik-adik kat rumah oklah RM 20.

Periuk belanga senduk sudip tu tak reti lah pula haha. Memang boleh dapat murah kalau pandai tawar-menawar dan memutar-belit haha. Mungkin PB ni sesuai untuk orang yang meniaga atau nak beli barang rumah baru. Kalau rasa nak jalan jalan ambil angin cuci mata ingin tahu pun ok juga, macam kami, haha. Menyesal tu taklah, sebab memang dah teringin nak pergi dan alang-alang dah ke utara. Alhamdulillah, dah ticked satu checklist. 


Dah pukul 4.45 petang, kami pun mengorak langkah kembali ke stesen ktm untuk ambil tren jam 5.25 petang ke Butterworth. Sampai Butterworth 7.15 petang, naik shuttle bas percuma ke terminal feri, naik feri ke Georgetown (cantik sangat Georgetown malam malam dari atas feri), naik bas CAT ke hotel. Turun bas kat kawasan hotel tiba-tiba hujan dengan lebatnya turun. Singgah 7-Eleven beli roti (malas nak makan malam kat kedai) lepas tu berlari meredah hujan ke hotel haha. Lepas mandi dan solat, buat air panas, lepas tu makan biskut dan roti sambil tengok tv dan punggah barang. 



Sarapan (nasi lemak telur mata + teh o panas) = RM 3.20
Tiket KTM BW-PB (return) = RM 22.80
Makan tengahari (Nasi putih + paprik campur + ais kosong) = RM 7.50 
Tambang feri = RM 1.20
Makan malam (Roti) = RM 3.30

JUMLAH PERBELANJAAN (Pengangkutan dan makanan sahaja) = RM 38.00


Cerita di Penang di sini. Selamat ke Padang Besar !


No comments:

Post a Comment